Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah

Umum mengetahui, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin kini sedang berada di Tanah Suci bersama keluarga bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zul memuat naik video memaparkan dia sedang berdoa di Jabal Rahmah agar dikurniakan jodoh.

“Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri). Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca. Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.

Perkongsian Zul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar pelakon dipertemukan jodoh dan dipertemukan pasangan yang baik. 


Scroll to Top