Zul Ariffin Ulas Komen Nakal Netizen Lihat Foto Tak Berbaju – “Mereka Menyakat Je, Tak Ada  Yang Komen Mengarut”

Zul Ariffin Ulas Komen Nakal Netizen Lihat Foto Tak Berbaju – “Mereka Menyakat Je, Tak Ada  Yang Komen Mengarut”

Susulan foto tular tidak berbaju yang dikongsikan aktor popular Zul Ariffin baru-baru ini menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet, empunya badan akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Kata Zul atau nama lengkapnya, Zulkifli Ariffin, 38, komen-komen yang diberikan peminat menerusi perkongsian fotonya itu disifatkan sebagai gurauan nakal sahaja.

Malah, setakat ini pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu menjelaskan tidak ada komen mengarut yang diterimanya akibat perkongsian tersebut.

“Saya perasan tapi tak ada yang mengarut pun. Komen kelakar tu biasalah, mereka menyakat sahaja.

“Mungkin followers di media sosial perasan mengenai perubahan ini  tapi okay sekurang-kurangnya mereka beri sokongan,” katanya.

Tak mahu tembam

Berkongsi lanjut, Zul memaklumkan, perubahan bentuk badannya kini adalah hasil mengikuti kelas latihan intensif untuk filem terbaharunya.

“Berbulan-bulan saya jalani latihan boxing  dan penggambaran filem, itu yang baru sempat nak upload gambar kerana ramai yang minta saya aktif di Instagram.

“Jadi bermula sekarang saya tak mahu tembam dan akan kekal dengan bentuk badan begini,” jelasnya.

Terdahulu, perkongsian foto tanpa berbaju yang menampilkan susuk tubuhnya yang berotot berjaya mencuri perhatian warganet, khususnya dalam kalangan kaum wanita.

Malah, terbaharu seorang wanita mengaku terpaksa tidak mengikuti aktor itu di Instagram dek kerana mahu menjaga hati suaminya.

 

Scroll to Top