Zul Huzaimy Minta Artis Terpalit Kontroversi Diberi Peluang Kedua

Zul Huzaimy Minta Artis Terpalit Kontroversi Diberi Peluang Kedua

Pelakon Zul Huzaimy meminta agar selebriti yang terpalit dengan kontroversi tidak dihukum terlalu lama di atas kesilapan yang mereka lakukan.

Memetik mStar Online, Zul berkata dia mengakui bahawa selebriti adalah hak masyarakat namun mereka juga layak diberi peluang kedua untuk perbaiki diri ke arah lebih baik.

BACA: Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan, Rosakkan Industri Seni

“Memang selebriti ini hak umum dan masyarakat jadi apa saja gerak geri memang akan jadi perhatian, sekiranya artis tu terpalit kontrosversi sengaja atau tidak sengaja itu hak dia.

“Mungkin ada setengah masyarakat kurang selesa tapi adakah masyarakat ini layak untuk menghukum seseorang itu sekiranya kontroversi itu tidak sengaja,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata sebagai manusia tiada yang terlepas daripada melakukan kesilapan dan tidak perlu menghukum jika individu itu sedar akan kesilapan mereka.

“Manusia memang selalu buat silap, itu perkara biasa kalau tak buat silap baik jadi malaikat contohnya… kalau individu terbabit sedar kesilapannya itu sudah cukup tak perlu nak hukum atau boikot,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top