Zulin Aziz sah cerai 18 Disember lalu, berpisah secara baik -“Kami kekal berkawan…”

Zulin Aziz sah cerai 18 Disember lalu, berpisah secara baik -“Kami kekal berkawan…”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 37, mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini, sejak 18 Disember tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia telah selesai menjalani tempoh idah hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah,”ujar Zulin.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya.

Zulin Aziz sah cerai 18 Disember lalu

Ditanya punca perceraian, Zulin memilih untuk merahsiakannya.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami.
“Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Artikel lain: Enggan panjangkan isu rumah tangga, Zulin Aziz kunci mulut asbab pergaduhan

Untuk rekod, Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022 dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata bersama.

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)

Scroll to Top