Bimbang wujud kluster ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Putrajaya: Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan beberapa foto orang awam bersesak dan beratur panjang di Presint 9, Putrajaya bagi mendapatkan ayam percuma yang diedarkan kepada orang ramai.
Menerusi perkongsian daripada seorang wartawan di Twitter, Mohd Redzuan Abdul Manap telah memaklumkan bahawa pemberian ayam percuma itu disediakan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya dan Pemuda UMNO Putrajaya sebagai inisiatif bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 ini.
Disebabkan itu, orang ramai telah menyerbu kawasan tersebut bagi mendapatkan 2,000 ekor ayam beku yang disediakan untuk mereka secara percuma.
Walau bagaimanapun, foto-foto yang tular telah membuatkan warganet bimbang akan wujud ‘kluster ayam’ pula susulan kesesakkan yang berlaku di tempat pengagihan itu.
Kebimbangan tersebut disuarakan kerana Putrajaya merupakan antara lokasi yang berada dalam zon merah dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0.
Walau bagaimanapun, masing-masing berdoa agar tidak timbul kluster baru disebabkan kesesakkan ini memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan bantuan kita semua dalam melandaikan kembali lengkung penularan pandemik Covid-19 yang sudah melebihi 4 angka ketika ini.

Sumber: ohmymedia

Malay News
Social Media Updates