Petaling Jaya: KOPETRO Food Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, telah menerima anugerah The BrandLaureate e-Branding Awards 2020 melalui jenama LengQuas bagi kategori makanan dan minuman bagi produk sejuk beku, bertempat di Galeri The World Brands Foundation, di Damansara Utama, Petaling Jaya hari ini. Anugerah ini mengiktiraf jenama yang teguh mengekalkan kejayaan jenama dan pihak pengurusan jenama dalam keadaan ekonomi yang mencabar masa kini.
Menurut Pengerusi KOPETRO Food Sdn. Bhd, Datuk Hj Abdul Razak Bin Hussain, memenangi anugerah ini pastinya mendorong LengQuas untuk terus berusaha meningkatkan kualiti semua aspek produk dan perkhidmatan.KOPETRO dedikasikan penghargaan ini buat seluruh warga kerja yang terlibat dengan pemasaran dan penjualan, terutamanya pemborong, peruncit, dan pelanggan tetap LengQuas yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.
Menurut Pengerusi KOPETRO, Tuan Hj. Khairu Najhan Bin Zainuddin, KOPETRO memandang anugerah seperti ini sebagai platform yang terbaik dalam memperkasakan lagi jenama LengQuas.
“Dengan kejayaan KOPETRO Food Sdn. Bhd. ini diharap anak-anak syarikat KOPETRO Berhad yang lain akan menggembleng tenaga mengerah segala usaha untuk membangunkan jenama masing-masing agar diiktiraf seperti LengQuas.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Presiden TWBF Dr. KK Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif TWBF, Ms. Chew Bee Peng. . KOPETRO adalah koperasi pertama yang menerima anugerah daripada TWBF sekaligus menjadikan KOPETRO Food Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat koperasi pertama memenangi anugerah bagi kategori makanan dan minuman, bagi produk sejuk beku.- Press Release
Malay News
Business Desk