• Home
  • Showbiz
  • Tiada Job Sepanjang PKP, Lufya Omar Cuba Berniaga Jual Kek

Tiada Job Sepanjang PKP, Lufya Omar Cuba Berniaga Jual Kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Lufya Omar

Kuala Lumpur: Umum mengetahui sejak Rabu lalu, beberapa negeri dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 26 Januari ini. Golongan selebriti antara yang terkesan apabila segala aktiviti penggambaran tidak dibenarkan.

Susulan itu, ramai antara penggiat seni terpaksa berehat seketika dengan menghabiskan masa di rumah. Namun, berbeza buat pelakon Lufya Omar yang mengambil kesempatan untuk menjawa pendapatan tambahan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lufya memberitahu dia mula berjinak dalam perusahaan membuat kek. Menurut Lufya, dia mencuba nasib menjual kek durian Musang King di rumah.

“Waktu PKP ini tak ada kerja duduk rumah Fya buatlah kek durian Musang King di rumah. Bagi penggemar durian ini memang akan gulp (terliur). Kek durian ini ialah kek premium ya. Sokonglah perniagaan baru ibu tunggal ini,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Lufya turut mengajak beberapa orang jiran di kawasan perumahannya untuk merasa kek yang dihasilkannya itu.

Malay News
Showbiz Desk