Los Angeles: Khabib Nurmagomedov,32 mungkin akan diatur berdepan pemenang antara Conor McGregor dan Dustin Poirier.
Demikian kenyataan daripada bos UFC, Dana White yang bersedia mempertaruhkan duitnya untuk Khabib beraksi dalam satu pertarungan terakhir sebelum betul-betul bersara.
“Saya rasa ada peluang dia kembali beraksi”, White memberitahu TMZ Sports.
“Bapanya mahu dia mencukupkan 30-0, dia agak beremosi pada perlawanan terakhir lalu kerana melalui banyak kesukaran”, katanya lagi.
“Jadi, saya rasa dia akan kembali. Jika saya diminta bertaruh, saya akan bertaruh dia akan kembali beraksi”, tambahnya.
Jika Khabib sedia kembali, McGregor, Poirier, Tony Ferguson dan Michael Chandler dinamakan oleh White sebagai lawan yang berpotensi untuk ditemui.
Pada 23 Januari 2021 ini, McGregor akan menentang Poirier yang pernah ditewaskannya pada tahun 2014.
Atlet kelahiran Ireland itu tidak pernah bertarung dalam kategori lightweight sejak kalah kepada Khabib pada tahun 2018.
Akmal Hakim
Sports Desk