1,000 telekung Butik Al Ajmal untuk infak sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar telekung, Butik Al Ajmal akan menyediakan sebanyak 1,000 pasang pakaian menerusi projek infak dan sedekah kepada orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Pemiliknya, Rozita Mat Reshad berkata, projek itu bertujuan  menggantikan telekung-telekung golongan yang kurang berkemampuan dan anak yatim yang sudah lama dan tidak selesa dibawa ketika bersolat.

Jelas beliau, orang ramai juga boleh membeli telekung untuk dihadiahkan kepada kaum wanita sama ada ibu, isteri dan ahli keluarga bagi memberi kegembiraan kepada mereka menyambut bulan yang mulia nanti.

Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2021.

“Kami ingin menjemput umat Islam yang ingin berinfak mahu pun bersedekah dengan membeli telekung di Butik Al Ajmal menjelang Ramadan ini.

“Bagi yang berinfak, wang itu akan digunakan untuk membeli keperluan pakaian solat ini untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib terpilih menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan.

“Kehebatan infak dan sedekah ini adalah rantaian pahala yang Allah SWT kirimkan untuk direbut umatnya apatah lagi telekung akan dipakai sepanjang Ramadan nanti untuk beribadat.

“Hakikatnya usia kita pasti berakhir namun indahnya pahala ia tetap akan tetap mengalir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di butiknya di Lakefield di sini baru-baru ini.

Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad menyusun telekung jualannya di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2021.

Rozita menambah, pihaknya menyediakan telekung yang berkualiti namun mengenakan harga di bawah RM100 menerusi projek infak dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertainya.

Jelas beliau, ini kerana material yang digunakan adalah kain yang lembut dan halus untuk kulit selain sulaman renda kecil bagi menampilkan ciri keayuan si pemakai.

“Selain itu, telekung ini  juga mudah di bawa ke mana-mana kerana materialnya tidak menggunakan ruang banyak untuk beg dan tidak mudah renyuk serta lebih ringan.

“Malah kualitinya turut mementingkan bahagian di kepala yang bergetah di mana tidak perlu memakai inner lagi kerana anak rambut tidak akan keluar di mana saiznya mengikut muka.

“Pada masa sama, double linning memang direka hingga paras dada gara ia tidak jarang dan lebih yakin menutup aurat.

“Justeru kami memang komited untuk mengeluarkan telekung yang berkualiti tinggi walaupun untuk infak atau sedekah agar mereka yang memakai akan berasa puas dan gembira ketika memakainya,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyertai projek infak telekung Butik Ajmal ini boleh menghubungi talian 016-673 2464. – MalaysiaGazette