13 pendaki sesat di Sepilok ditemukan selamat

13 pendaki sesat di Sepilok ditemukan selamat

am@hmetro.com.my

Sandakan: Seramai 13 individu yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok, dekat sini ditemukan selamat sebentar tadi.

Kesemua pendaki membabitkan 12 wanita dan seorang lelaki ditemui pada jam 9.13 malam selepas tersesat hampir dua jam di bukit terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 7.38 malam dan menghantar lima anggota ke lokasi itu yang terletak 20 kilometer (km) dari balai untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, mereka dipercayai mengalami kesukaran untuk mencari laluan keluar disebabkan cuaca gelap.

“Pihak bomba menemui mereka di atas bukit dalam keadaan selamat dan seterusnya mengiringi mereka turun sehingga ke pintu masuk utama.

“Operasi kemudian ditamatkan selepas memastikan semua mangsa selamat,” katanya kepada Harian Metro.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top