13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar kolej vokasional

13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar kolej vokasional

am@hmetro.com.my

Tawau: Seramai 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun didapati bersalah membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.

Hakim Datuk Duncan Sikodol ketika membacakan keputusan itu berkata kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Hukuman akan ditetapkan 28 Ogos ini.

Kesemua remaja itu dituduh bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama kolej berkenaan pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.

Pada 15 April lalu, pasukan pembelaan menutup kes selepas memanggil 18 saksi pada perbicaraan peringkat bela diri dengan kesemua 13 remaja terbabit memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top