zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Sebanyak 13 sungai di Terengganu melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.
Selain itu, tiga lagi sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran manakala dua lagi kiniparas waspada.
Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya adalah tiga di Setiu, dua di Besut, dua di Kemaman, dua di Hulu Terengganu, dua di Dungun, satu di Marang dan satu di Kuala Nerus.
Tiga sungai melepasi paras bahaya di Setiu adalah Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (9.57 meter), Sungai Nerus di Kampung Bukit (15.03 meter) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap (22.45 meter).
Di Besut, ia membabitkan Sungai Besut di Kampung Keruak (35.56 m) dan Sungai Besut di Kampung La (23.35 m).
Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Kemaman di Paya Paman (4.51 m) dan Sungai Tebak di Kampung Tebak (18.77 m) serta Sungai Dungun di Kuala Jengai (21.34 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (13.41 m).
Di Hulu Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping (22.26 m)dan Sungai Berang di Kampung Menerong (24.77 m).
Di Marang, ia membabitkan Sungai Marang di Pengkalan Berangan (3.55 m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (4.44 m).
Sementara itu, tiga sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman (2.12 m); Sungai Terengganu di Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu (2.17 m) dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu (8.07 m).
Dua lagi sungai kini mencatatkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Terengganu di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu (8.12 m) dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu (36.60 m).
© New Straits Times Press (M) Bhd




