14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Kawan Baik

14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Kawan Baik

Pelakon jelita Sophia Albarakbah berkata lelaki yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini adalah rakan baiknya yang dikenali sejak 14 tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Sophia bagaimanapun tidak menolak seandainya ada jodoh di antara mereka dan hubungan itu juga direstui keluarga.

BACA: Sophia Albarakbah Sedia Berkahwin, Keluarga Pun Dah Sayang Bakal Suami

“Dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya ketika ini. Kalau ada jodoh, adalah. Dia adalah kawan baik saya dan kami sudah berkawan sejak di universiti lagi. Dia sentiasa ada bersama saya dan ahli keluarga sampai sekarang.

“Selain ahli keluarga dan teman rapat, dia juga adalah penyokong dalam karier lakonan dari dulu lagi tapi mungkin orang tidak perasan,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya dia bersedia jika hubungan mereka menjadi pasangan pula selepas ini, Sophia menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Allah, namun buat masa ini dia mahu fokus dengan kerjaya lakonan

“Saya tidak mahu letakkan sebarang status pada hubungan kami kerana tidak tahu lagi macam mana. Saya lebih selesa cakap kami berkawan rapat.

“Kalau ada jodoh kami, adalah. Ahli keluarga memang merestui hubungan kami dari dulu.Saya tak fikir lagi soal nak kahwin kerana kalau sudah ada saya akan ‘go with the flow’ saja,” katanya.

Terdahulu, Sophia berkata dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang sudah dikenali sejak tahun 2011 lagi.

Namun, dia tidak mahu terburu-buru dan dalam fasa mengenali satu sama lain dengan jejaka berkenaan yang dirahsiakan identitinya itu.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top