15 Tahun Menjanda, Mas Idayu Terbuka Hati Nak Kahwin Lagi

Hampir 15 tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi dangdut Mas Idayu berkata hatinya kini sudah terbuka untuk mencari teman hidup.

Meskipun belum berjumpa calon yang sesuai, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun,berkata dia kini sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.

BACA: Mas Idayu Kesal Anak Dihalang Jumpa Bapa Kandung Aman Graseka

“Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk ada seseorang yang akan menemani hari tua. Terdetik di hati saya untuk menerima lelaki dalam hidup.

“Buat masa ini sejujurnya saya memang masih belum jumpa, tak tahulah siapa bakal jodoh itu, mungkin mereka tak berani nak berkawan dengan saya.

“Orang selalu tengok karakter saya di televisyen nampak garang dan bengis tapi kalau orang yang kenal saya secara peribadi mereka tahu saya bukan begitu,” katanya.

Enggan terlalu berharap, Mas Idayu berkata dia menyerahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik dalam hidupnya. Tidak kisah mengenai latar belakang bakal suaminya, namun Mas Idayu menolak lelaki berstatus suami orang.

“Bukan senang nak memilih lelaki menjadi suami, banyak yang kita kena pertimbangkan, cuma ada masa saya jadi takut sampai rasa was-was apabila ada orang nak kenal.

“Saya tak kisah mengenai latar belakang suami, asalkan masing-masing ada keserasian, memahami yang paling penting dia bukan suami orang. Kalau lelaki itu orang seberang pun saya okay sahaja,” katanya.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 sebelum bercerai pada t2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Dayini Ashiqah, 23 tahun.