15 tentera Nigeria terkorban diserang militan

15 tentera Nigeria terkorban diserang militan

KANO, NIGERIA: Seramai 15 tentera Nigeria terkorban manakala empat militan kumpulan Negara Islam Wilayah Afrika Barat (ISWAP) maut ketika bertempur di Borno, timur laut negara ini.

Sumber keselamatan berkata, pertempuran berlaku selepas kumpulan bersenjata ISWAP menyerang hendap konvoi tentera dekat Gudumbali di Tasik Chad, Khamis lalu.

“Kami kehilangan 15 anggota dalam serang berdarah di kawasan hutan dengan Gudumbali. Seramai 13 anggota turut cedera dalam serangan hendap itu,” kata pegawai tentera.

Konvoi 10 kenderaan itu dalam perjalanan dari bandar Kukawa ke Gudumbali untuk melakukan operasi menamatkan keganasan pihak militan.

Semalam, ISWAP mengeluarkan kenyataan bertanggungjawab terhadap serahan hendap itu menurut agensi pemantau gerakan kumpulan pengganas.

ISWAP adalah kumpulan serpihan pengganas Boko Haram yang berpecah pada tahun 2016 namun kini menjadi dominan di Nigeria dengan mensasarkan anggota tentera dan menculik orang awam. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top