16 stesen telemetri di Sarawak catat air lepasi paras normal

16 stesen telemetri di Sarawak catat air lepasi paras normal

mdroji@bh.com.my

Kuching: Sebanyak 16 stesen telemetri kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak mencatat paras air melebihi paras normal, setakat jam 8.30 pagi, hari ini.

Menurut data dikongsikan JPS melalui laman iHYDRO, ia membabitkan enam bahagian iaitu Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Bagi Bahagian Sri Aman, satu stesen mencatat tahap waspada iaitu Stesen Pantu apabila paras air mencapai 4.95 meter (m) melepasi paras normal 1.80m.

Sibu pula menyaksikan satu stesen pada tahap waspada iaitu Durin Bazaar yang mencapai paras 3.62m, Stesen Sungai Salim B pula mencecah tahap amaran apabila paras air mencapai 2.95m manakala Stesen Nanga Lemai pula berada pada tahap bahaya apabila mencecah 4.35m.

Bahagian Mukah mencatat satu stesen mencapai tahap waspada iaitu Matu yang mencatat paras 2.34m iaitu 0.84m melepasi paras normal.

Tiga stesen di Bintulu pula pada tahap waspada iaitu Kuala Binyo mencatat paras air 5.67m melepasi paras normal 4m, Sungai Sibiu pula 3.36m manakala Sungai Similajau pada paras 8.88m melepas paras normal 4m.

Bahagian Miri pula paling banyak stesen mencatat paras air tinggi iaitu Kuala Tutong yang berada pada tahap bahaya apabila paras air mencecah 3.16m, Batu Niah Bazaar pula pada tahap waspada iaitu 2.83m, Bekenu pada tahap amaran iaitu 1.4m manakala Benawa juga pada tahap amaran iaitu 7.55m.

Dua lagi stesen di Miri mencapai tahap bahaya iaitu Long Teru (8.3m) dan Marudi (3.7m) manakala Beluru pula pada tahal amaran iaitu 5.75m.

Bahagian Limbang pula mencatat satu stesen pada tahap amaran isitu Nanga Insungai pada paras 10.14m.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top