2 anggota polis disyaki terbabit kes pemerasan akan didakwa esok

2 anggota polis disyaki terbabit kes pemerasan akan didakwa esok

am@hmetro.com.my

Baling: Dua anggota polis disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung akan didakwa di Mahkamah Baling, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Media sebelum ini melaporkan, dua anggota polis berusia 24 dan 27 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdahulu, ibu lelaki berkenaan yang berusia 74 tahun membuat laporan polis selepas anaknya yang berusia 32 tahun mengadu yang dia ditahan polis yang menaiki motosikal dan diminta menyerahkan wang sebanyak RM200 pada 19 September lalu.

Bagaimanapun, ketika si ibu dan anaknya hendak menghantar wang itu, lelaki itu terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top