20% TESLA CYBERTRUCK DIBELI OLEH SYARIKAT ELON MUSK

20% TESLA CYBERTRUCK DIBELI OLEH SYARIKAT ELON MUSK

Berdasarkan hype pemasaran awal oleh Elon Musk, Tesla Cybertruck sepatutnya menjadi game changer bagi trak pikap. Ia datang dengan rekaan futuristik, badan stainless steel macam dalam filem sci-fi, dan dijanjikan dengan prestasi luar biasa

Semua ini dibuat untuk memberika harapan pada pembeli bahawa ini adalah pikap masa depan. Tapi realitinya sekarang ialah tidak seperti yang dijangka. Dari segi jualan, Tesla Cybertruck gagal menepati sasaran awal.

Walaupun Tesla melaporkan banyak model ini sudah terjual kepada pelanggan, namun jika dilihat dengan teliti jualan sebenar yang berlaku ialah Cybertruck dijual kepada syarikat berkaitan Elon Musk seperti SpaceX, xAI dan Neuralink yang memberli Cybertruck dalam kuantiti yang besar

Laporan daripada Bloomberg menunjukkan bahawa angka jualan trak ini mungkin telah “direka” apabila ia mendapati sekitar 20 peratus daripada semua Cybertruck didaftarkan di bawah syarikat bukan Tesla yang dimiliki oleh Elon Musk.

Jika pembelian ini tidak dikira, realiti penjualan dan penerimaan pelanggan terhadap Cybertruck sebenarnya sangat menyedihkan dan sangat rendah. Apatah lagi pembelian Cybertruck ini adalah bersifat one-off sahaja bukannya pembelian berterusan dari pasaran terbuka

Salah satu faktor yang menyebabkan Cybertruck sukar dijual ialah rekaan luarnya yang terlalu berkotak dan boleh dikatakan hodoh dan ia mungkin terlalu radikal untuk kegunaan harian. Tambahan pula harganya dijual dengan terlalu mahal berbanding dengan harga awal yang dijanjikan satu ketika dulu

Sebagai trak pikap elektrik, Tesla Cybertruck sebenarnya melakukan banyak perkara dengan betul. Namun begitu, ia masih kekal kontroversi disebabkan reka bentuknya yang luar biasa dan tidak konvensional. Tambahan pula kontroversi melibatkan Elon Musk sendiri pun tidak membantu keadaan.)

Laporan tersebut menghuraikan dengan lebih terperinci.

Daripada 7,071 unit Cybertruck yang dijual pada suku keempat 2025, sebanyak 1,279 unit dijual kepada SpaceX, xAI, The Boring Company, atau Neuralink dengan majoriti besar disalurkan kepada syarikat aeroangkasa milik Musk.

Ini bersamaan lebih kurang 18 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan, dan laporan itu juga menyatakan trend ini berterusan ke suku pertama tahun semasa. Malah, ia turut menegaskan bahawa jika unit-unit ini dikeluarkan daripada jumlah keseluruhan, pendaftaran Cybertruck pada suku keempat akan jatuh sebanyak 51 peratus.

Dalam masa yang sama, Tesla berdepan penurunan jualan sepanjang tahun lalu akibat persaingan yang semakin sengit di pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan China, selain faktor tindakan politik Musk sendiri. Walaupun begitu, lembaga pengarah Tesla tetap meluluskan pakej ganjaran kepada Musk pada penghujung tahun lalu yang berpotensi menjadikannya seorang trilionair sekiranya sasaran tertentu dicapai termasuklah penghantaran 20 juta kenderaan dan 1 juta robotaxi.


Scroll to Top