220 peserta kejohanan badminton bersaing rebut gelaran juara

220 peserta kejohanan badminton bersaing rebut gelaran juara

SHAH ALAM – Perlawanan badminton anjuran Akademi Badminton FY Brothers bakal menghimpunkan 220 peserta termasuk kanak-kanak berumur enam tahun dalam persaingan merebut gelaran juara di Pusat Badminton Shah Alam di sini hari ini.

Ketua jurulatih badminton, Faris Mohamad Yusof berkata, perlawanan yang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu melibatkan empat kategori beregu iaitu dewasa (15 tahun ke atas) dan kanak-kanak (15 tahun ke bawah) bagi lelaki serta perempuan.

“Istimewanya pertandingan kali ini, peserta akan ditentukan pasangan beregu melalui undian yang kami buat supaya lebih adil.

“Kalau di luar (pertandingan badminton lain), kita kena bawa sendiri (pasangan beregu) menyebabkan perkara ini jadi halangan kepada pemain yang nak sertai.

Scroll to Top