245 premis termasuk kilang kena tindakan

245 premis termasuk kilang kena tindakan

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Sebanyak 245 premis perniagaan termasuk kilang dikenakan tindakan hari ini dan semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan ketika ini melaksanakan langkah penguatkuasaan SOP yang tegas termasuk operasi pematuhan, tindakan pengawalan dan pemeriksaan di premis perniagaan.

“Semalam sahaja sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dan pada hari ini, 65 premis turut dikenakan tindakan.

“Kerajaan tidak akan berkompromi jika terdapat perlanggaran arahan serta SOP dalam apa juga situasi kerana apa yang menjadi keutamaan kini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Jika ada mana-mana premis masih berdegil dan melanggar arahan pihak berkuasa, tindakan keras termasuk arahan tutup serta-merta akan dikenakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top