am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Seramai 15 pendatang asing ditahan dalam operasi Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di Flat Taman Cempaka di sini, kelmarin.
Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi pada 12 tengah malam itu adalah hasil risikan selama beberapa minggu, selepas aduan mengenai lambakan warga asing yang menggusarkan penduduk.
“Seramai 268 warga asing dan warga tempatan telah diperiksa, namun lima warga Indonesia serta 10 warga Myanmar telah ditahan, yang berusia antara 18 tahun hingga 52 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata, mereka ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia, selain Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi masa.
“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




