3 Drama TV3 Dominasi Ramadan Raya, Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini

3 Drama TV3 Dominasi Ramadan Raya, Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini

Sepanjang Ramadan hingga Syawal tahun ini, TV3 terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju drama tempatan menerusi tiga naskhah utama iaitu Kerana Cinta Itu Dusta, Khianat Yang Terpilih dan Bila Cinta Menjadi Dosa yang berjaya mencuri perhatian penonton di televisyen serta platform digital.

Ketiga-tiga drama ini mencatat pencapaian memberangsangkan apabila Kerana Cinta Itu Dusta meraih 880 juta capaian media sosial berdasarkan data Meltwater dan menjadi fenomena dalam kalangan penonton hingga dilabel sebagai “punca darah tinggi rakyat Malaysia”.

Khianat Yang Terpilih pula mencatat tontonan sebanyak 10 juta di televisyen menurut Nielsen, selain meraih 950 juta capaian media sosial. Sementara itu, Bila Cinta Menjadi Dosa merekodkan 9 juta penonton setakat episod ke-21 serta 850 juta capaian media sosial.

Drama Bila Cinta Menjadi Dosa turut menduduki tangga pertama di Tonton dan kekal sebagai antara kandungan paling banyak ditonton, dengan ramai penonton memilih akses premium untuk menonton lebih awal. Watak Eva yang dibawakan oleh Sarimah Ibrahim turut mencetuskan perbincangan hangat di TikTok, Threads dan X apabila reaksi penonton menjadi topik utama perbualan, dengan tanda pagar #BilaCintaMenjadiDosa mencatat lebih 400 juta paparan.

Dalam masa sama, Kerana Cinta Itu Dusta dan Khianat Yang Terpilih terus menjadi topik hangat di Threads. Khianat Yang Terpilih khususnya menarik perhatian apabila lakonan Amyra Rosli menerima pujian meluas, manakala gandingannya bersama Ikmal Amry turut menjadi bualan, dengan watak Ikmal sering digelar sebagai “green flag, green forest” oleh penonton.

Kejayaan ini memperlihatkan komitmen TV3 dalam menyajikan kandungan berkualiti yang relevan dengan citarasa semasa, disokong barisan pelakon berpengaruh serta pengedaran merentas pelbagai platform, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri.

Kini, perhatian penonton terarah kepada Kerana Cinta Itu Dusta yang bakal menutup tirainya malam ini. Ramai menantikan bagaimana konflik yang berlarutan sepanjang episod akan diselesaikan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod akhir 10 malam ini di TV3 atau strim lebih awal di Tonton.

Scroll to Top