3 orang datang kejut, tular video timbalan menteri tertidur di pentas majlis graduasi

Sejak kebelakangan ini, beberapa buah pusat pengajian telah mengadakan majlis tamat belajar atau graduasi dalam norma yang baru kepada para pelajar yang sudah selesai pengajian.

Pastinya banyak kisah yang tular mengenai keadaan semasa majlis tersebut yang berlangsung sepanjang beberapa minggu ini.

Walau bagaimanapun, terdapat satu video yang viral di media sosial telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai maliqueredzuan menunjukkan seorang VVIP tertidur semasa majlis.

Hal tersebut membuatkan ramai yang terkejut memandangkan VVIP berkenaan merupakan timbalan menteri yang  juga individu utama dalam majlis terbabit.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 4 saat itu, dapat dilihat beliau terlena di kerusi di atas pentas dan bangun setelah dikejutkan oleh tiga orang yang berada disitu.

Oleh hal yang demikian, netizen mulai meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas mengenai situasi ‘janggal’ tersebut sehingga ada yang mempertikaikan kedudukannya sebagai seorang ahli politik yang sedang memimpin negara.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen juga, seorang wakil daripada timbalan menteri tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurutnya yang menggunakan akaun Twitter timbalan menteri terbabit, VVIP berkenaan berada dalam keadaan kurang sihat namun tetap gagahkan diri menghadiri majlis itu.

Di akhir penjelasan tersebut, pihak beliau memaklumkan timbalan menteri telah meluluskan pemasangan penghawa dingin untuk dewan sekolah dan telah menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperolehi bas.

Sumber: maliqueredzuan