Tidak kira lelaki mahupun wanita, segelintir mereka pasti mengalami perubahan fizikal selepas mendirikan rumah tangga disebabkan pelbagai faktor.
Tapi ambil saja dari sudut positif! Tidak lagi kesunyian, air tangan pasangan memenuhi selera antara kebahagiaan yang dilalui bersama sehingga tidak dikisahkan lagi mengenai pertambahan berat badan.
Bagi seorang wanita Nur Syifa Majid, dia gembira apabila ‘berjaya’ membuatkan suaminya Mohd Hafirulizham Hassim semakin berisi berbanding sebelum ini sejak berkahwin tiga tahun lalu.
@syipomajid Hampir 3 tahun bela laki. Sis berjaya ka dak? Hahaha
Menerusi aplikasi TikTok miliknya hari ini, wanita berusia 26 tahun itu berkongsi satu video memaparkan perbezaan fizikal suaminya yang mana pada awal perkahwinan kelihatan kurus berbanding keadaan terkini.
“Hampir tiga tahun ‘bela’ suami. Sis berjaya ke tak? Hahaha,” soal wanita berasal dari Jitra, Kedah itu kepada warganet.
Rakaman berdurasi 26 saat itu meraih 273,000 tontonan selain hampir 600 komen netizen terhibur melihat perubahan fizikal suaminya malah turut berseloroh dengan mengucapkan tahniah kepada Syifa atas kejayaan tersebut.
Sebelum ini, Syifa pernah menjadi perhatian netizen kerana sabar dan tidak berputus asa dalam menantikan zuriat sulung dengan melakukan ujian kehamilan hampir setiap bulan.
@syipomajid My journey ❤️ #pejuangduagaris
Namun difahamkan, pasangan itu baru sahaja menimang cahaya mata pertama iaitu bayi perempuan pada 4 Ogos lalu berdasarkan perkongsian video lain di TikTok.
@syipomajid Kenangan dan pengalaman paling bermakna yang takkan dilupakan 🙂 sampai sekarang masih rindu 💕
Sumber: TikTok @syipomajid
