30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (5)

30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (5)

HIKMAH 5:

إحالتك الأعمال على وجود الفراغ من رعونات النفس

“Sikap melakukan amal ketika waktu lapang adalah suatu kebodohan.”

Maksud:

1. Mencari waktu lapang untuk melakukan amal hakikatnya adalah suatu alasan yang bodoh. Manusia diciptakan tidak akan puas dengan dunia. Mana mungkin ada ruang kosong dalam hidup mereka dari dunia. Sabda Rasulullah S.A.W:

لو كان لابن آدم وادٍ من ذهب لتمنى أن يكون له واديان، وما ملأ جوف ابن آدم إلا التراب

“Kalaulah anak Adam itu diberi satu lembah dari emas nescaya mereka dambakan dua lembah. Tidak akan penuh tembolok anak Adam melainkan tanah (mati).”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

2. Ibn Rajab menukilkan sebuah Athar:

Tidak akan berlalu 1 hari melainkan hari itu akan menyeru “Wahai anak Adam. Rebutlah aku. Aku tidak akan datang lagi sehingga hari kiamat.”

3. Orang yang bijak adalah mereka yang melakukan persediaan rapi untuk menghadapi alam yang tidak yang kekal abadi, bukan sibuk mengejar dunia yang akan berakhir bila-bila masa sahaja.

Ibrah Ramadan:

Antara latihan Ramadan adalah meninggalkan sebahagian nikmat dunia yang halal demi akhirat seperti makan dan menggauli pasangan. Ianya supaya hati tidak terlalu terpaut dengan dunia sehingga lupa destinasi utama kita di dunia sementara ini adalah akhirat nan abadi.

Sabda Rasulullah S.A.W:

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِن أَجْلِي

“Dia meninggalkan syahwat dan makan minumnya demi Ku.”

[Hadis Riwayat Muslim]

ALANG IBN SHUKRIMUN
5 Ramadhan 1444
27 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 27/3/2023

The post 30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (5) appeared first on HarakahDaily.