30 tahun terpisah dari keluarga kandung, adik menangis lihat gambar arwah bapa

30 tahun terpisah dari keluarga kandung, adik menangis lihat gambar arwah bapa

Siapa yang tidak sebak apabila adik beradik yang berpuluh tahun terpisah kembali ke pangkuan keluarga. Suasana pasti akan bertambah sayu apabila mereka tidak sempat melihat pemergian orang tua walaupun baru berkesempatan bertemu dengan keluarga kandung.

Perkara tersebut turut dirasai oleh adik kepada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @zielabiejalut apabila bertemu semula keluarga kandung selepas 30 tahun terpisah.

Menurut @zielabiejalut, adiknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat kerana ibu bapa tidak mampu ketika dulu dan keputusan tersebut dilakukan demi memastikan anaknya mendapat kehidupan yang lebih baik.

@zielabiejalut

dengan izin allah s.w.t kami bertemu selepas 30thn terpisah..😭😭😭#penantian #jejakkasih #ibu #adikkakak #abah #Alfatihah #touchingmoment #fyp

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Walaupun, adik kepada pengguna Tiktok berkenaan langsung tidak menyalahkan ibu kandungnya dan menganggap apa yang dilakukan dahulu adalah yang terbaik buat masa itu.

Namun, suasana menjadi begitu pilu setelah adiknya tidak sempat menatap wajah bapa kandung kerana allahyarham baru sahaja meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu.

@zielabiejalut

Alhmdulillah..syukur..terima kasih ya allah ko beri kn kami kecerian dan kegembiraan kembali..🤲😭#Alfatihah #abah #adikkakak #penantian #jejakkasih

♬ Ya Allah – Wali

Tambah wanita itu lagi, mereka tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan kejadian 30 tahun lalu, namun cukup sekadar memberitahu yang mereka sekeluarga sukar mengesan keberadaan adik memandangkan tidak menyimpan dokumen kelahirannya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana faham akan kerinduan yang masing-masing tanggung selama 30 tahun.

Mereka juga mendoakan agar hubungan kekeluargaan yang terbina kekal akrab hingga ke akhir hayat walaupun  sudah lama terpisah.

 

USmber: TikTok @zielabiejalut

Scroll to Top