4 butir bom ikan buatan sendiri dimusnahkan

4 butir bom ikan buatan sendiri dimusnahkan

am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan empat bom buatan sendiri dipercayai untuk kegunaan bom ikan yang ditinggalkan di kawasan pokok sawit berdekatan Pos Nurut jam 2.40 petang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi terbabit

“Hasil pemantauan, anggota menemui kesemua bom berkenaan yang ditinggalkan di pangkal pokok sawit.

“Pemeriksaan dan penilaian kemudian dibuat oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan mendapati kesemua bom buatan sendiri ini adalah jenis Improviced Explosive Device (IED) dan digunakan untuk tujuan mengebom ikan.

“Unit Pemusnah Bom UPB IPK Kelantan berjaya menjalankan tindakan pemusnahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Radzi berkata motif kejadian terbabit akan disiasat polis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top