4 pelakon aksi mencuri tumpuan

4 pelakon aksi mencuri tumpuan

Memiliki latar belakang dalam seni mempertahankan diri menjadi kelebihan bagi sesetengah pelakon yang ingin menceburi bidang tersebut. Lazimnya pelakon-pelakon ini akan membintangi filem aksi yang memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan keupayaan mereka dalam seni bela diri.

Namun lambakan pelakon aksi yang memiliki latar belakang seni mempertahankan diri muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan, membuatkan berlakunya persaingan sihat. Berikut empat pelakon aksi muda berbakat yang mencuri perhatian.

DALLAS LIU

Pelakon berusia 24 tahun ini membuat kemunculan sulung menerusi watak Jin Kazama versi muda dalam filem Tekken (2009). Sebelum terjun ke dalam bidang lakonan, Dallas Liu mempersiapkan dirinya dengan seni mempertahankan diri berasal dari Jepun iaitu Karate dan bertarung di peringkat nasional.

Dia mempelajari seni mempertahankan diri sejak lima tahun namun bersara awal pada usia 13 tahun. Liu selepas itu memberi tumpuan kepada bidang lakonan dengan membuat kemunculan dalam beberapa projek besar seperti Sang-Chi and The Legend of the Ten Rings dan Avatar: The Last Airbender.

LEO WU

Leo Wu merupakan pelakon kelahiran China yang memulakan penglibatan dalam dunia lakonan seawal usia 3 tahun. Tidak mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri, pelakon ini mula mempelajari koreografi pertarungan, permainan pedang dan menunggang kuda untuk drama Wuxia dan Xianxa.

BEN WANG

Sebelum bergelar pelakon, Ben wang atau Wang Pucun merupakan atlet seni mempertahankan diri dengan pembabitan dalam lima acara iaitu Karate, Kenpo, Kung Fu, Kumdo dan Taekwondo. Bakat lakonannya dikesan Penerbit Peter M. Lenkov yang bertanggungjawab menyenaraikan Ben dalam barisan pelakon MacGyver. Pada 2024, beliau dipilih sebagai bintang utama Karate Kid: Legends dan berlakon di samping Jackie Chan dan Ralph Macchio.

ZHANG ZIFENG

Pelakon berbakat dari tanah besar China ini mencuri perhatian menerusi filem Aftershock (2010). Persembahan lakonan yang mantap melayakkan dia menjadi penerima anugerah
Pendatang Baharu Terbaik pada Hundred Flowers Awards yang ke-31, menjadikan dia sebagai penerima termuda anugerah tersebut.
Antara pencapaian terbaiknya adalah apabila dia berpeluang bergandingan dengan pelakon legenda, Jackie Chan menerusi filem aksi The Shadow’s Edge.

Scroll to Top