42 Tahun Masih Single, Sherry Ibrahim Anggap Jodoh Belum Sampai

42 Tahun Masih Single, Sherry Ibrahim Anggap Jodoh Belum Sampai

Pelakon Sheery Ibrahim berkata dia tidak goyah dengan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang masih lagi hidup solo di usianya sudah menginjak 42 tahun.

Memetik Harian Metro, Sherry berkata dia selesa menjalani kehidupan dengan cara sendiri serta enggan mempedulikan apa saja panjangan orang ramai.

BACA: “Raihan Kata Dia Rindu Saya” – Sherry Ibrahim Gembira Jumpa Adik Fattah Amin

“Saya kekal dengan cara hidup saya. Di media sosial pun saya tak pernah kongsi berkenaan kisah peribadi. Ia bukan perlu ditunjuk kepada sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata dia ada berkawan dengan lelaki namun beranggapan jodohnya belum sampai lagi dan meskipun belum ditakdirkan hidup berpasangan dia mempunyai kawan dan keluarga.

“Saya tidak mengharap pada jodoh. Berkawan dengan lelaki itu memang ada. Tapi, jodoh itu belum sampai. Insya-Allah kalau ada jodoh yang betul-betul, saya bersedia,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata dia memerlukan lelaki yang ikhlas, jujur serta mahu menjaga dirinya.

“Saya hanya perlukan seorang lelaki yang ikhlas. Bagaimana dan siapa pun dia, kalau orang itu betul-betul jujur dengan saya, nak jaga saya, nak kahwin dengan saya, pasti saya terima.

“Kalau dia adalah yang terbaik, apa yang saya doa selama ini dan yang pasti, mama pun doa serta kawan-kawan saya pun nak yang terbaik untuk saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top