5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

Sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs sekali lagi menyorot perhatian selepas dia memuat naik hantaran di platform media sosial miliknya.

Menurut Haroqs atau nama lengkapnya, Muhammad Hareez Adzrami, 25, dia meluahkan rasa sedih apabila melihat hantaran mengenainya selepas dibebaskan dari penjara.

Namun, dia juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat mengenai keadaannya sepanjang misi kemanusiaan berlangsung.

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara. Inshaa-Allah esok saya kongsikan cerita itu.

“Terima kasih semua yang ambil berat tentang saya. Ya Allah hebatnya susunan Engkau,” katanya.

Manakala, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi platform Threadsnya pula, Haroqs meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga diatas nikmat yang diberikan beserta emoji hati.

“Alhamdulillah, syukurilah… Allah maha kuasa,” kongsinya.

Terdahulu, sukarelawan termuda yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin ini menyentuh hati ramai apabila titipan doanya agar penduduk Gaza di kurniakan rezeki berupa ikan yang banyak termakbul dan mencuri perhatian ramai menerusi perkongsian di media sosial.

 

Scroll to Top