5 rumah kedai, SK Lubuk Buntar terjejas akibat ribut

5 rumah kedai, SK Lubuk Buntar terjejas akibat ribut

am@hmetro.com.my

Bandar Baharu: Lima rumah kedai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Buntar, di sini terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, hujan lebat dan angin kuat yang melanda jam 3.30 petang menyebabkan lima rumah kedai rosak termasuk bumbung tercabut dan kerosakan lain.

“Selain itu juga, SK Lubuk Buntar juga terjejas akibat ribut yang melanda.

“Berikutan itu, satu pasukan pemantauan dikerahkan ke lokasi kejadian jam 7.57 malam bagi mendapatkan maklumat kerosakan yang berlaku, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan semuanya dalam keadaan terkawal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top