Petaling Jaya: Sebanyak 5,728 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, naik tiga kes berbanding semalam yang merekodkan 5,725 kes. Dengan jumlah itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu Covid-19 sebanyak 209,661 kes dengan jumlah kes aktif 47,388 kes.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,805 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 161,527 kes.
Malay news
National Desk



