
Kereta dinaiki mangsa terjatuh ke dalam gaung di negeri berbukit utara India, Himachal Pradesh.
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya enam orang maut dan empat lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di negeri berbukit utara India, Himachal Pradesh pada Isnin, kata polis tempatan, lapor Xinhua.
Kejadian itu dilaporkan dari kawasan Chamba di Himachal Pradesh.
Kesemua mangsa berasal dari negeri barat Gujerat dan dalam percutian ke negeri itu.
Polis tempatan berkata, mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil. – Bernama



