62.7kg sampah dikutip di dasar laut Tioman

62.7kg sampah dikutip di dasar laut Tioman

PULAU TIOMAN: Sebanyak 62.75 kilogram (kg) sisa marin berjaya dikutip menerusi aktiviti pembersihan dasar laut di tiga lokasi sekitar Kampung Salang, baru-baru ini.

Aktiviti pada 17 Oktober lalu dalam Program Pemuliharaan Tioman 2026 membabitkan 10 penyelam yang menjalankan kerja pembersihan di Teluk Kador, Layang-Layang dan Salang House Reef bagi mengurangkan pencemaran sampah pepejal yang mengancam hidupan marin serta ekosistem terumbu karang.

62.7kg sampah dikutip di dasar laut Tioman

Memuatkan artikel berkaitan…

Persatuan Penyelam Konservasi BEST Malaysia (BEST) dalam kenyataan berkata Layang-Layang merekodkan kutipan tertinggi sebanyak 31.8 kg melibatkan 195 barangan pada kedalaman maksimum 7.3 meter (m).

Di Teluk Kador, sebanyak 15.75 kg sisa marin membabitkan 27 barangan dikutip pada kedalaman maksimum 9.2m, manakala Salang House Reef mencatatkan kutipan 15.2 kg melibatkan lapan barangan pada kedalaman maksimum 6m.

Tioman

Jumlah kutipan itu menunjukkan sampah marin masih menjadi cabaran kepada kelestarian ekosistem laut, sekali gus memerlukan usaha pembersihan dan pengurusan sisa yang berterusan.

Sisa pepejal yang terperangkap di dasar laut bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah berpotensi membahayakan hidupan marin dan menjejaskan habitat terumbu karang.

Tioman

Program berkenaan turut menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti penyelam mengenai kepentingan pemuliharaan lautan serta amalan pelancongan marin yang bertanggungjawab.

Usaha itu diharap dapat diteruskan melalui kerjasama komuniti penyelam, masyarakat setempat dan pihak berkepentingan bagi memastikan kekayaan biodiversiti serta keindahan perairan Pulau Tioman terus terpelihara.

Scroll to Top