7 pekerja syarikat kurier disyaki curi barang pelanggan dicekup

7 pekerja syarikat kurier disyaki curi barang pelanggan dicekup

mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Polis menahan tujuh orang termasuk seorang wanita yang bekerja di syarikat kurier selepas terbabit kes curi barang milik pelanggan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengurus keselamatan syarikat, 32, tampil membuat laporan polis Isnin lalu selepas menerima aduan pelanggan menerima bungkusan kosong selepas penghantaran dibuat oleh syarikatnya.

Menurutnya, dia membuat siasatan dalaman dapati terdapat beberapa pekerja yang membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang.

“Pengadu syaki pekerja syarikat mencuri bungkusan asal milik pelanggan dengan anggaran kerugian kira-kira RM21,818.

“Susulan itu bermula Isnin lalu sehingga semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPDl Ampang Jaya membuat beberapa siri serbuan dan tangkapan terhadap enam lelaki dan seorang wanita berusia 21 tahun hingga 51 tahun di kawasan Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan berserta barang rampasan yang disyaki terlibat dalam kes disiasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, tangkapan pertama dan kedua seorang lelaki serta perempuan dibawa ke Mahkamah Ampang dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana didapati mencuri barang dari syarikat tempat bekerja.

“Manakala tangkapan susulan permohonan reman dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 20 Januari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaaniaitu curi oleh orang gajidan Seksyen 380 Kanun Keseksaan curi dalam bangunan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top