05 April 2025 12:41pm
Masa membaca: 4 minit

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 20 lagi cedera pada Jumaat apabila sebuah bas yang membawa pelajar dan pensyarah universiti terbabas dan terjunam dari lebuh raya di selatan Brazil.
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya RSC-453 di bandar Imigrante, di Rio Grande do Sul, berhampiran sempadan Argentina dan Uruguay.
Menurut media tempatan, bas berkenaan membawa pelajar dan pensyarah dari Federal University of Santa Maria, satu daripada universiti awam terkemuka di Brazil.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan di bandar Teutonia.
Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyampaikan ucapan takziah dan berkata negeri itu kini “berkabung” serta akan memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas. – Bernama