Norris terpantas di GP Jepun

Norris terpantas di GP Jepun

Suzuka, Jepun: Pendahulu Kejuaraan Lando Norris mencatatkan masa terpantas, mengatasi rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, dalam sesi latihan terakhir menjelang Grand Prix Jepun walaupun kebakaran kecil di tepi trek sekali lagi mengganggu sesi itu.

Norris dari Britain, yang juga mencatatkan masa terpantas dalam latihan pertama semalam, mencatatkan pusingan terpantas 1 minit 27.965 saat untuk mendahului Piastri dari Australia dengan kelebihan 0.026 saat.

Norris kini mencari kemenangan kedua musim ini selepas memenangi perlumbaan pembukaan di Australia dan menduduki tempat kedua di belakang Piastri di China.

Piastri memenangi perlumbaan di Shanghai, dalam saingan yang dikuasai sepenuhnya oleh McLaren dalam kempen ini.

George Russell dari Mercedes mencatatkan masa ketiga terpantas di Suzuka, mendahului Charles Leclerc dari Ferrari, Max Verstappen dari Red Bull, dan Lewis Hamilton dari Ferrari.

Sesi itu sekali lagi terganggu oleh kebakaran di tepi trek apabila percikan dari kereta menyambar rumput dalam keadaan kering.

Hujan dijangka akan turun pada perlumbaan esok.

Yuki Tsunoda dari Red Bull mencatatkan masa kesembilan terpantas pada penampilan pertamanya bersama Red Bull selepas menggantikan Liam Lawson.

Tsunoda dari Jepun melalui radio pasukan berkata, bahawa dia “secara keseluruhan sangat gembira” dengan keretanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top