bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan lapan negeri hingga 12 tengah hari, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 9.30 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di Perak, kawasan yang diramal terjejas meliputi daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama manakala di Sabah membabitkan Tawau.
Sementara itu, di Johor, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Menurut kenyataan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimetersejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd


