Putrajaya: Sebanyak 95 hospital swasta dikenal pasti bersetuju merawat pesakit COVID-19, setakat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 73 peratus daripada 130 hospital swasta yang mempunyai kepakaran perubatan dalaman dan sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM). “Kita masih menunggu 26 lagi hospital swasta atau 20 peratus untuk merawat pesakit COVID-19.
“Sejumlah 95 hospital swasta itu menawarkan 1,286 katil dan 65 katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 54 alat bantuan pernafasan.
“Ini perkembangan baik kerana kita baru mengadakan libat urut pada 23 Januari dan tidak sampai seminggu kita sudah menerima maklum balas yang baik,” katanya pada sesi taklimat di sini, hari ini.-BH online
Malay News
National Desk