Jika bergejala boleh hadir untuk ujian calitan: DG Kesihatan

Dr Noor hisham

Putrajaya: Individu yang mempunyai gejala Covid-19 boleh hadir ke Klinik Kesihatan untuk menjalani ujian calitan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan kes sporadik yang dilaporkan meningkat sejak akhir-akhir ini.

“Mereka yang bergejala diberi keutamaan untuk membuat ujian calitan di Klinik Kesihatan,” katanya dalam sesi taklimat bersama media menerusi aplikasi Zoom pada Isnin.

Malay News
National Desk

Scroll to Top