Dakwa guru gurau pasal rogol, remaja ‘happy’ dah pindah sekolah swasta

Dakwa guru gurau pasal rogol, remaja ‘happy’ dah pindah sekolah swasta

Bagi korang yang sering mengikut kes gangguan seksual, mesti sedia maklum berhubung seorang pelajar Ain Husniza yang mendakwa guru lelakinya membuat jenaka tentang perbuatan rogol ketika mengajar subjek pendidikan jasmani.

@ant33ater

pls make the school environment safer for us, as teachers u have lots of influence with your mindset. #xyzcba #tiktokmalaysia

♬ original sound – ain orkid – ain #MakeSchoolASaferPlace

Selepas kecoh mengenai isu tersebut, kehidupan bekas pelajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Selangor itu dihujani sokongan daripada banyak pihak selain melalui pelbagai proses mahkamah sehingga Ogos lalu.

Terbaharu, bapanya Saiful Nizam memaklumkan remaja berusia 17 tahun itu kini gembira bagi memulakan sesi pembelajaran apabila sudah berpindah ke sebuah sekolah swasta yang juga terletak di Selangor.

Saiful berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik satu video TikTok milik anaknya di laman Twitter sehingga menerima 2,500 tanda suka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan Ain lengkap berpakaian seragam sekolah merakam dirinya dan persekitaran tempat belajar yang pasti menjadi permulaan baharu setelah berdepan cabaran sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif dan semangat selain mengucapkan selamat maju jaya kepada Ain dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah.

Terdahulu media melaporkan, pihak polis menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya sekali gus tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas guru lelaki berkenaan.

Sumber: Twitter @saifulnizam769 , TikTok @ant33ater

Scroll to Top