Covid-19 tanpa kluster baharu dikesan hari ini – Utusan Digital

Covid-19 tanpa kluster baharu dikesan hari ini – Utusan Digital

PUTRAJAYA: Malaysia buat pertama kali merekodkan kes harian tanpa  kluster  baharu hari ini sejak negara  dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu. 

Ketiadaan  kluster jangkitan  menjadikan keseluruhan kluster yang masih aktif kini kekal  266 kluster manakala kluster sudah ditamatkan sebanyak  5,574.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian kes positif wabak turun berkurangan iaitu 5,162 kes berbanding semalam, 5,809 kes.

“Sebanyak 524 kes, pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 265 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP),” kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, berlaku  pertambahan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 55 kes berbanding kelmarin, 41 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 11 daripada 55 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,994 kes.- UTUSAN

Scroll to Top