Ada kecemasan sebelum majlis, pengantin pakai baju biasa je lafaz akad nikah

Ada kecemasan sebelum majlis, pengantin pakai baju biasa je lafaz akad nikah

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti akan mengingati momen hari pernikahan buat mereka yang pastinya cukup bermakna.

Ketika itu, sudah tentu masing-masing ingin menggayakan pakaian yang sedondon dan sesuai dengan situasi majlis pernikahan.

Namun hal ini berbeza dengan perkongsian yang dibuat satu akaun TikTok dikenali sebagai @hajid17 apabila pengantin lelaki hadir di majlis pernikahannya hanya memakai pakaian biasa iaitu seluar jeans dan T-Shirts sewaktu melafazkan akad nikah.

@hajid17

alhamdullilah selamat sudah semoga sampai ke jannah

♬ bunyi asal – akal 343 – hajid2133

Menerusi ruangan komen, pengantin lelaki terpaksa memakai pakaian yang kurang sesuai kerana berlaku kecemasan sebelum majlis pernikahan mereka.

Disebabkan tidak sempat menukar pakaian yang lebih sesuai, dia telah hadir ke perkarangan masjid hanya memakai pakaian biasa.

Walau bagaimanpun, majlis berjalan dengan lancar dan lelaki itu beserta pasangan selamat bergelar suami isteri.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memahami kondisi yang dialami pengantin lelaki.

Mereka juga menjelaskan bahawa akad nikah yang dilakukan untuk menghalalkan hubungan lebih penting daripada pakaian yang cantik-cantik.

Perkahwinan itu mudah dan tidak perlu disulitkan.

 

Sumber: TikTok @hajid17

Scroll to Top