Martial terharu disambut Ronaldo

Martial terharu disambut Ronaldo

SEVILLE: Anthony Martial terharu ketika melihat idolanya Ronaldo mengalu-alukan kedatangannya ke Sevilla.

Pemain Perancis itu dipinjamkan oleh Manchester United ke Sevilla, dan kedatangannya ke La Liga disambut oleh salah seorang ikon kelab berkenaan menerusi skrin besar di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.

Ronaldo – yang memiliki kelab divisyen dua Real Valladolid berkata: “Hai Martial, apa khabar? Selamat datang ke La Liga dan Sevilla! Ini adalah kelab besar di Sepanyol dan kelab besar di Eropah.

“Mereka mempunyai penyokong yang hebat dan bermain di kota yang menakjubkan. Saya doakan yang terbaik buat anda, dan berharap akan bertemu anda dalam masa terdekat. Selamat maju jaya!”

Martial yang baru saja tiba ke kota itu, sudah mula memikirkan untuk melanjutkan tempohnya di Sepanyol melangakaui musim ini.

“Perpindahan secara pinjaman saya ke Sevilla hanya untuk lima bulan akan datang, hingga akhir musim… tetapi anda tidak akan tahu apa yang bakal berlaku. Kita lihat nanti,” kata Martial.

Martial meletakkan sasaran untuk membantu Sevilla memenangi trofi Liga Europa ketujuh mereka yang perlawanan akhir akan berlangsung di stadium mereka.

“Memenangi Liga Europa ketujuh adalah sasaran besar. Juga, final akan berlangsung di sini jadi kami akan cuba sebaik mungkin untuk memenanginya,” kata pemain 26 tahun itu. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top