suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Lelaki warga Pakistan ditemui maut dalam di sebuah pusat beli-belah di Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berumur 41 tahun bekerja sebagai buruh binaan.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan ringkas, malam ini.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada keesokan hari selepas kejadian.
“Punca kematian adalah tekanan ikatan pada leher akibat digantung,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




