DENGAN situasi pandemik ketika ini, kesihatan dan pemakanan yang baik adalah lebih penting berbanding sebelum ini untuk membangunkan sistem imun yang kuat dan melindungi diri kita daripada virus
Sejajar dengan ini, Herbalife Nutrition terus mengekalkan komitmennya untuk menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura – FOTO Herbalife Nutrition
Dalam satu sesi temubual bersama Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin, berkata rakyat Malaysia kini mengambil langkah pertama ke arah tabiat pemakanan yang lebih sihat dan meningkatkan senaman ketika wabak melanda.
“Kami melihat peningkatan dalam kesihatan fizikal dan mental mereka berbanding sebelum pandemik menerusi satu kajian. Selain bersenam lebih kerap, faktor lain termasuk pengambilan makanan yang lebih sihat, ” katanya
Tambah beliau, Herbalife Nutrition menawarkan peluang menarik dengan memberi sokongan kepada rakyat Malaysia memulakan tahun baharu dengan positif dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka lebih baik.
Sejak 2020, Herbalife Nutrition telah menjalin kolaborasi dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) untuk melanjutkan usaha mendidik orang ramai mengenai pemakanan di seluruh negara melalui pelbagai inisiatif.
“Setiap tahun kami juga akan adakan kempen ‘Herbalife Nutrition Month’ dimana kami menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan mereka dengan kembali ke rutin lebih sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan.
“Untuk tahun ini kami adakan kempen ini secara maya dan akan mencipta rekod membanggakan dalam ‘Malaysia Book of Records’ yang mempunyai ‘Jumlah Peserta Terbanyak dalam Acara Maya’, ” ujarnya dalam temubual Jumaat lalu.
Kempen yang akan berlangsung pada Mac depan bakal dihadiri oleh orang ramai seluruh Malaysia berkongsi ke arah perubahan positif.
Selain itu, Herbalife Nutrition akan mengadakan sebuah bengkel maya untuk ahlinya yang menampilkan salah seorang pakar terkemukanya daripada Lembaga Penasihat Pemakanan, Dr. Dana Ryan, Pengarah Prestasi dan Pendidikan Sukan, mengenai HERBALIFE24, pemakanan sukan dan program kuatkan badan.
Steven Chin juga memberitahu bahawa Herbalife Nutrition merupakan produk gantian makanan yang diyakini selamat kerana pihak mereka telah melabur dalam kepakaran, teknologi dan fasiliti terkini dalam menghasilkan pelabelan makanan secara terperinci untuk pengguna.
“Bagi memenuhi keperluan semua, produk Herbalife Nutrition diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplementasi mikronutrien dan sains herbal, ” katanya
Dalam memenuhi komitmen terhadap sosial masyarakat dan alam sekitar, Herbalife Nutrition, telah mengeluarkan Laporan Tanggungjawab Global 2020 buat kali pertama di rantau Asia Pacific Accreditation Cooperation Incorporated (APAC).
Laporan itu menekankan dedikasi syarikat itu dalam menjana manfaat berterusan dan pertumbuhan mampan dalam komuniti di seluruh dunia serta menggariskan komitmen untuk bertanggungjawab secara sosial dalam menjalankan perniagaan.
Ini termasuk menyokong inisiatif sosial, alam sekitar, dan dermawan yang menghasilkan impak signifikan untuk kesihatan manusia serta alam sekitar.
Selain itu, syarikat pemakanan global terkemuka ini turut berikrar untuk mencipta 50 juta impak positif menjelang 2030 sempena ulang tahun ke-50 syarikat kelak.
Malah, sehingga kini, Herbalife Nutrition Foundation (HNF)* berjaya membuktikan lebih daripada 3.8 juta kesan positif berjaya dicapai termasuk menderma makanan dan kotak subsidi makanan untuk keluarga dan komuniti serta mengitar semula lebih daripada 766,000 kilogram pembungkusan barang.
Inisiatif bersama HNF ini telah memberi manfaat lebih daripada 367,000 penerima dengan kerjasama rakan kongsi mereka.
Antara usaha lain yang dilakukan Herbalife Nutrition di Asia Pasifik termasuklah membekalkan makanan yang baik kepada lebih 113,000 kanak-kanak yang memerlukan menerusi HNF.
Selain itu, Herbalife Nutrition bukan sahaja komited terhadap masyarakat dan alam sekitar, bahkan bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang dan syarikat lain bersama mereka ke arah masa depan yang lebih mampan untuk semua.
Selama lebih daripada 40 tahun, syarikat turut menjalankan perniagaan berasaskan tiga bidang bermakna yang membolehkan akses yang lebih besar kepada pemakanan, meningkatkan akses kepada peluang ekonomi dan mengukuhkan pengawasan alam sekitar.
Ini sekali gus membuktikan syarikat Herbalife Nutrition mengambil serius dalam membangun dan melindungi masyarakat serta alam sekitar untuk generasi akan datang.
Komited untuk bantu masyarakat global
Program #NutritionforZeroHunger merupakan inisiatif syarikat Herbalife Nutrition untuk menamatkan kelaparan dunia – FOTO Herbalife Nutrition
Program #NutritionforZeroHunger merupakan inisiatif syarikat Herbalife Nutrition untuk menamatkan kelaparan dunia – FOTO Herbalife Nutrition
Untuk menangani kesaksamaan makanan global, Herbalife Nutrition telah melaksanakan program Nutrition for Zero Hunger (NFZH) sejajar dengan matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani kelaparan dunia menjelang 2030.
Melalui inisiatif ini, Herbalife Nutrition dengan kerjasama organisasi global terkemuka seperti World Food Programme USA, Feed the Children dan The Hunger Project telah berusaha menyediakan sumber pemakanan dan pendidikan yang baik kepada komuniti yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Herbalife Nutrition turut melaksanakan program NFZH STAR di negara-negara Asia Pasifik untuk menyediakan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak dan mendidik mereka mengenai kepentingan memupuk tabiat pemakanan sihat serta gaya hidup aktif.
Ternyata, syarikat Herbalife Nutrition membuktikan mereka mampu mencapai kejayaan dengan memberi manfaat serta bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar secara keseluruhannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Laporan Tanggungjawab Global Herbalife Nutrition, layari https://iamherbalifenutrition.com/global-responsibility/.
*Herbalife Nutrition Foundation (HNF) merupakan sebuah badan amal awam, bukan anak syarikat atau ahli gabungan Herbalife Nutrition. HNF memilih untuk menyertai Herbalife Nutrition dalam beberapa inisiatif amal. Lihat butiran mengenai maklumat dermaan HNF dalam Lampiran laporan 2020 tertera
© New Straits Times Press (M) Bhd




