PKPD di Taman Rimba, Mentakab

PKPD di Taman Rimba, Mentakab

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Taman Rimba, Mentakab di Temerloh, Pahang bermula esok hingga 20 Februari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelaksanaan PKPD di lokaliti itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, beliau turut memaklumkan PKPD di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah di Rompin, Pahang akan ditamatkan esok seperti dijadualkan. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top