mohd_iskandar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan hasil lawatan kerja pertamanya ke Thailand yang menyentuh pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pertanian, pendidikan dan buruh.
Menerusi lawatan itu, Perdana Menteri percaya perkara yang dibincangkan bersama rakan sejawatnya, Prayuth Chan o-cha akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
“Perbincangan saya dan Perdana Menteri Thailand turut menyentuh kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang selain ingin terus meneroka bidang kerjasama baharu.
“Saya percaya perkara dibincangkan akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan seterusnya menyumbang ke arah pemantapan hubungan dua hala serta kerjasama di antara Malaysia dan Thailand,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangkok yang disiarkan secara langsung di RTM dan Facebook hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




