300 penduduk enggan pindah, sulitkan usaha bomba menyelamat

300 penduduk enggan pindah, sulitkan usaha bomba menyelamat

PASIR PUTEH: Keengganan kira-kira 300 penduduk dari tiga kampung di sini, yang enggan berpindah awal ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyukarkan usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan mereka yang terkandas akibat banjir.

Kampung terbabit ialah Kampung Pengkalan Pauh, Daram Buaya dan Kampung Wakaf Bunut.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata antara alasan yang diberikan ialah mereka bimbang rumah diceroboh pencuri dan rumah tidak akan dimasuki air.

“Walaupun diberi nasihat beberapa kali oleh kami supaya berpindah segera tetapi ada yang masih degil dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada kepada pemberita selepas melawat kawasan berisiko banjir dan PPS Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja di sini hari ini.

Justeru, beliau menggesa penduduk yang rumah mereka dinaiki air supaya segera berpindah ke PPS dan paras air berada pada tahap bahaya. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top