Pelaporan kematian tidak lagi tunggu pendaftaran selesai

Pelaporan kematian tidak lagi tunggu pendaftaran selesai

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Pelaporan kematian akibat COVID-19 kini tidak lagi menunggu sehingga pendaftaran suatu kes itu selesai, bermula kelmarin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata malah kes berkenaan perlu dilaporkan dalam tempoh 72 jam selepas kematian, sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, penambahbaikan itu menyaksikan pengumuman akan dibuat mengikut angka laporan yang diterima dari lapangan setiap hari.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan sebelum ini, laporan kematian yang diterima hanya diumumkan selepas proses pendaftaran kes pada peringkat negeri selesai.

“Adakala ia mengambil masa agak panjang sebelum diumumkan. Oleh itu, ada sebilangan kes yang tertunda diumumkan dan ini merupakan satu daripada faktor yang menyumbang kepada ‘backlog’ bagi pengumuman kes kematian COVID-19,” katanya pada sidang media mingguan KKM, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top